Daisypath Anniversary tickers
I'm Raa :)
hidup umpama ice-cream, jum nikmatinya sebelum ia mulai cair!!

Thursday, May 31, 2012

29052012

Assalamualaikum, one day and a lot of sad thing happen. Alah letihnyaa, nak rehat sekejap pun tak boleh ke? Baru je bergembira sekejap dah kena tarik balik. haishh~ Ibu cakap jangan mengeluh, dugaan datang kerana Allah itu sayangkan kita :) Sabarlah hati sabarlah :) Tapi dah cuba bersabar pun mesti menangis jugak :'( teringat je menangis. Tah bila tah nak kering air mata ni pun tak tahu lah.. Hesh! Satu hari boleh sampai 5 benda menyedihkan terjadi.

1) Pagi pagi dah jatuh kena langgar motor, yang langgar Ahnaf pulak tu :/ entah balas dendam ke hape tak tahu lah :) dia terlanggar sebab dia tak perasan aku baru nak keluar kereta, dengan dia pulak bawak motor sambil main handphone. Orang bawak motor tengok jalan dia tengok handphone. Sekolah memandu mana tah dia pergi belajar. Hm hm, okay lah, kalau dia tak langgar aku haritu maybe tah bila lagi kitorang jumpa kan, tapi macam tragis lah jumpa balik dengan keadaan yang macam tu.

2) Entahlah hati merelakan atau mengikhlaskan, Aidil dan aku dah putus kawan. Entah putus entah tidak aku tolak belakang. Atika mungkin menguji atau mungkin memang Atika nak benda ni. Entahlah, bukan urusan aku. Atika suruh Aidil buat pilihan aku atau Atika.Dan Aidil tanya aku. Jawapan Aidil aku tahu yang mana, tapi sebagai manusia kenapa nak jadi jahat nak meruntuhkan bakal masjid yang dibina. Jadi jawapan aku : pergilah kat Atika, kau bakal mendirikan rumah tangga dengan dia, bukan dengan aku. persahabatan tu bila bila masa boleh cari and kat mana mana boleh jumpa :) Ini jugak pesanan ringkas terakhir dari aku buat teman teristimewa :)

3) Entah apa yang menjauhkan aku dengan Amirul, tiba tiba je Amirul dingin dengan aku, haihh~ Kenapalah dengan aku? (tapi malam tadi dah okay lah, alhamdulilah) since pukul berapa tah terjaga dari tidur petang hati aku mengikhlaskan Amirul, apa pun yang terjadi antara aku dengan Amirul akan datang aku ikhlaskan. Kalau ada jodoh dengan Amirull aku terima dengan senang hatinya, kalau tak ada aku terima jugak. Hidup kita kena ikhlas sebab ikhlas itu yang buat kita sabar dengan segalanyaa. Insyallah~

4) (boleh tak nak cakap pakai bahasa diri mengada-ngada 'kiteee'?) Kitee ternampak kat wall budak perempuan yang haritu tu tauu. Dia cakap kitee ni #&^*%! diaa. Hmm, entahlah dunia dan manusia. Letih nak melayan. Boleh je nak melawan kata kata, kan kitee ni di pihak yang benar. Kenapa kitee nak takut pulak. Biarlah wahai wanita, katalah apa yang kau nak kata, tak mungkin kan fitnah kalau aku nampak sendiri? Biarlah, kalau berdebat pun yang jahat akan memenangi pertandingan kerana yang baik menyusul kemudian untuk membuat manusia faham apa itu erti penyesalan. Kitee ikhlaskan kata kata awak, Kitee tak kisahpun kalau orang anggap kitee ni jahat because I knew, Aidil knew, you knew and GOD know the truth of it kan? Manusia mungkin takut membuat pengakuan tetapi pengakuan itu menyakitkan sekejap dan penipuan menyakitkan selama lamanya.

5) Tawaran masuk maktab lulus. Aku tahu kalau tak lepas di temuduga sampai bilik akhir pun aku boleh je masuk sebab aku ada Uncle Zul :) berita ini menggembirakan aku :) Tapi buat pertama kalinya otak aku bertindak pantas untuk berfikir secara rasional. Kalau aku boleh pergi tanpa lulus temuduga kenapa tidak kepada ynng lain. Ramai yang gagal seperti aku, tetapi aku yang dapat masuk. And macam mana pulak yang berkebolehan yang lulus sampai habis bilik temuduga yang kelima? Tak adil kan? Jadi aku menolak tawaran itu mentah mentah. Rezeki aku bukan di situ barangkali. Lagipun aku mahukan segala yang mungkin itu atas daya usaha aku sendiri :) Insyallah kalau cuba lagi mungkin ada rezeki :) amin~ sebenarnya berat hati nak tinggalkan kawan2 aku kat UiTM tuu and amirul jugak :)

Kata Datuk Fadzilah Kamsah, dugaan kesenangan lebih perit daripada dugaan kesusahan. Aku bersyukur, Allah itu menurunkan dugaan kesusahan dahulu buat diri aku :) dan aku akan mengikhlaskan dugaan ni. Insyallah :')