Tuesday, April 24, 2012
assalamualaikum, berbelah bahagi betul hati aku nak pergi interview kat maktab tu :'( aku sendiri sedia maklum yang maktab tu tak jauh dari rumah mak aku kat batu pahat. bila aku dah start study sana mesti sangatlah aku jarang balik kl dah kan. balik kl tu dah memanglah balik. tipu betul kalau tak balik. tapi most of the time mestilah kat sana, dah family betul tulen asli aku kat sana kan....... aku tahu kalau aku fail interview pun uncle aku boleh masukkan aku kat situ jugak. sebenarnya sekarang dekat hati aku ni. susah betul bila diri sendiri pun tak pasti nak pergi ke tak nak. amirul dah dengan rela hatinya nak aku pergi, sukalah dia aku dah jauh. takdelah gangguan sangat kan dari aku. hmm --' lantak lah dengan dia. sangat sedih bila terkenangkan kawan kawan aku :'( ieja, yana, yaya, cah, aien, caca, yan, ely, minul, abang nenel, kiki, kakak fey, kak ieda and last but not least amirul. hm hm. setiap satunya yang tak akan ada pengganti bila kat sana. rindunya nanti kat setiap memori :'( ini ke yang aku nak. nazera betul ke ni? dah fikir masak masak ke ni. maybe aidil so right. aku sangat kebudak-budakkan. membuat keputusan terburu butu tanpa memikirkan akibat. kenapa nekad haritu tapi bukan hari ni? ouh hati, kerap kali kau mempermainkan aku! apa setiap kali aku perlu menangis untuk hati aku yang terluka ni? kenapa peluang tak datang sebelum aku ke uitm. kadang kadang takdir sangat kejam untuk kita tempuhi, tapi setiap takdir ada alasan tersendtri :') dan kenapa aku harus memalui? kerana aku insan yang lemah dan ini adalah sebahagian daripada ujian untuk menguatkan aku. tapi apa yang aku buat? aku biarkan diri aku tak berubah untuk menjadi lebih kuat, aku biarkan diri aku terus lemah ditindas :'( gila kann aku ni? sebenarnya apa yang aku nak? apa yang aku tunggu? mungkin halangan. siapa nak halang aku? mungkin abang, abang dah terang lagi bersuluh akan sokong setiap keputusan aku. then siapa? amirul, ohh tolonglah, aku lagi amek keputusan nak pergi ke maktab sebab nak larikan diri dari amirul. hmm :'( keputusan masih lagi belum dibuat. hari hampir tiba. hari ni je dah 24 hb april. then bila lagi nak dapat jawapan? buntunyaa! somebody please forbid me.