Daisypath Anniversary tickers
I'm Raa :)
hidup umpama ice-cream, jum nikmatinya sebelum ia mulai cair!!

Thursday, November 10, 2011

Fariza Zakaria

Assalamualaikum

Hyee =) I buat entry ni untuk kawan baik I. Fariza Zakaria. I tak tau lah perlu apa sangat naik entry yang macam ni. Tapi I dah tak ada tempat meluah yang lain. I selalu luahkan perasaan kat dia. Tapi kalau pasal dia tak kan lah I nak luahkan kat dia jugak kan? Malulahh! I sayang sangat kat dia. I rasa I macam bakal kehilangan kawan baik I. I pun tak tau kenapa rasa macam ni, padahal dia ada je dengan I. Anytime =) Tapi makin nak dekat dengan bulan Disember I makin takut, sedih, semualah feeling-feeling yang tak best I rasa. Lepas ni macam ada lagi ke masa dia untuk I? Ada lagi ke masa dia nak lepak makan shimino & pizza hut =) karaoke =) tgk movie =) menghabiskan duit =) pape jelah yang selalu kitorang buat berdua. I mesti rindu semua masa-masa I dengan dia dulu. Semua! =( Gelang |BFF| tu ada lagi, I simpan je dalam kotak love I. Sayang nak pakai sebab masa kat UiTM haritu hari-hari pakai sampai tali dia pun dah bertukar warna. Ingat nanti nak tukar tali baru pakai balik. I sayang kawan I tu. Kawan macam dia tak ada pengganti :') Iejaa selalu cakap, I masuk UiTM I jumpa kawan-kawan baru. Tapi dia tak tauu, banyak macam mana pun kawan yang I jumpa kat UiTM tu, dia sentiasa jadi kawan yang paling top dalam hati I :)