dipendekkan
Assalamualaikum
Hyee semua. Hyee cinta hati <3 Hyee sesiapa sajaa. Sebenarnya banyak cerita yang nak diupdatekan. Tapi tahla, semua macam dah hilang lesap, bagap, lenyap dari otak ni. Okay, kite mula dari cerita hari jumaat sampai semalam punya semalam. Hemm -__- Hari khamis malam jumaat dikejutkan dengan berita kehilangan mak lan tercinta. Mak lang I dah pergi meninggalkan ayah menjadi abang tunggal. Sedih tengok ayah menangis. Ayah tak pernah menangis disebabkan kematian. Ayah seorang yang tabah. Tapi bila mengenangkan ayah dah tak ada adik tercinta lepas ni ayah jadi sayu :'( Dah tak ada lagi nasi goreng mak lang yang sedap. Tiga nasi goreng paling sedap saya pernah rasa adalah dari air tangan ibu, arwah mak lang & arwah nenek. Nasi goreng yang nasi dia sebutir-sebutir kering memang tak ada tandingan. Hari jumaat, resah sepanjang hari. Result keluar. Nak check serba salah. Takut tak lulus sedih mengalahkan ayah. Takut lulus melonjak gembira macam nak minta penampar time orang tengah bersedih. So, I biarkan tak bercheck result tu sampai lepas arwah mak lang dikebumikan BOTBOT I yang tolong check. Alhamdulillah lulus =) happy kemain siap melompat pergi dapur. Balik dari kampung tak ada buat pape. Banyak tidur sebab badan ni letih bukan main. Bukan merungut tau ni. Tak baik merungut. Hemm, balik dari kampung I dapati bahawa muka I gelap and naik jerawat. Naik jerawat disebabkan kilang getah yang baru dibuka berdekatan rumah pak lang. Akibat jerawat ni abang I telah meggelarkan I "bepop" salah satu watak dalam komik lawak kampus. Siot tol. Bepop tu muka dia penuh jerawat. Sekarang I tengah pening kepala. Paling paling tidak pun amek masa sebulan baru jerawat jerawat ni berambus dari muka I nih. I jadi gelap sebab ikut cakap abang ngah, abang sedara yang memanggil I na-o-mei. Tah kenapa tah dia panggil I na-o-mei pun I tak tau. I ikut dia pergi panjat pokok rambutan depan rumah. Lepak atas pokok rambutan sambil makan and buat sepah kat bawah pokok #sepah sebab main buang kulit rambutan kat bawah pokok#. Haha, akibatnya, turun je kitorang dari pokok ibu bercekak pinggang sambil menghulurkan penyapu laman. Haha, abang ngah memang gila. Tak pada dengan dah tua beranak satu. Hishh! Sampai sini jelah kot. Macam dah tau nak update ape. Hehh!