Daisypath Anniversary tickers
I'm Raa :)
hidup umpama ice-cream, jum nikmatinya sebelum ia mulai cair!!

Thursday, October 20, 2011

I buat entry ni sempena cerita abang i dengan kekasih beliau :) awh~ tidak ku duga abangku romantik. hahaha. Semoga kekal dengan kak hana yang cool gila tu okay! :)

PANDUAN MEMIKAT GADIS.



1. Mestilah sanggup berbuat apa sahaja demi memikat.


Contohnya, menghantar gadis ke kelas kompang di Budisiswa UiTM Shah Alam dan balik ke Bukit Jelutong melalui trafik yang dahsyat pada petang bulan Ramadhan dan patah balik ke UiTM Shah Alam untuk menjemput gadis kerana tidak mahu gadis pulang ke Kolej Mawar menaiki bas. (Gadis hanya mengetahui hal ini selepas berbuka puasa dan berasa sangat bersalah/terharu).




2. Mestilah sanggup menemani si gadis ke salun rambut.


Contohnya, melayan kerenah si gadis yang memilih-milih salun rambut disekitar Shah Alam. (Untuk pengetahuan anda, si jejaka yang membuat keputusan untuk memilih Kristie Saloon dan membayar bilnya. Ini si gadis suka :p)



3. Mestilah tidak melayan jika dingurat oleh pondan. (okay, ini penting).


Contohnya, menemankan gadis yang ingin membasuh dan memotong rambut di salun Liza Hanim dan sanggup menunggu di dalam salun sehingga selesai walaupun dingurat oleh pondan yang membuat rambut gadis.





4. Mestilah sedaya upaya menolong si gadis dalam proses pengajaran/pembelajaran/pelajaran dan apa-apa yang sewaktu dengannya.


Contohnya, membatalkan semua janji temu dan membawa gadis ke perpustakaan pada 'study week'.




5. Memberikan gadis coklat pada makan malam pertama.


Contohnya, memberikan Ferrero Rocher kepada gadis apabila menghantar gadis pulang ke rumah hingga kotak coklat yang dihulurkan itu terbalik akibat nervous.




6. Senyum apabila terserempak si gadis di mana-mana.


Contohnya, senyum walaupun ada perasaan malu yang mendalam terhadap si gadis sehingga si gadis dan rakan-rakan melambai-lambai dengan ceria ke arah mu.




7. Hadir ke majlis harijadi adik si gadis.


Contohnya, menghadiri majlis itu dan tak semena-mena menjadi penganjur aktiviti sukaneka lalu bermain bersama-sama rakan-rakan adik si gadis.




8. Menolong ibu gadis mengacau dodol.


Contohnya, menolong ibu si gadis mengacau dodol pada suatu malam di bulan Ramadhan dan seterusnya dapat menunjukkan cara-cara mengayuh boat rowing semasa sedang mengacau dodol.




9. Mestilah bersaing secara sihat.


Contohnya, menghabiskan kesemua kek yang diberi oleh jejaka lain kepada si gadis agar pemberian jejaka lain tidak masuk ke kotak memori si gadis.





10. Abaikan diet apabila berkunjung ke rumah si gadis.

Contohnya, makan masakan yang dihidangkan oleh keluarga si gadis seperti nasi beriyani, ayam masak merah, ayam goreng KLG, kuih bom sambal, caramel pudding, moist chocolate cake, cheesecake..ok cukupla tuh..:p walaupun dalam program 'diet tanpa lemak dan karbohidrat'. Sebab kalau tak makan nanti si gadis merajuk..keluarga si gadis pun kecil hati kan..weehuuw.




11. (okay ada pertambahan) Harus tahu memujuk si gadis apabila melakukan kesilapan.

Contohnya, apabila soalan exam yang diramalkan anda tidak keluar dalam peperiksaan, sedangkan si gadis berusaha belajar topik itu sahaja!SAHAJA! Maka haruslah segera pergi ke Giant untuk membelikan si gadis coklat sebanyak-banyaknya.


Amirul tak pikat saya macam ni pun. Isk isk, sedih! Haha, apelah. Tak kisah pun. Sebab sepanjang I bercinta dengan Amirul banyak benda yang lagi sweet dia buat untuk I. Haihh~ Bersyukur! Bersyukur!