Seronok bukan main jadi cikgu tadika. Nahh! Now aku nak kongsi cerita aku. Semalam punye dok termenung kat play ground skola tgk anak2 murid aku main2. Tetibe aku teringat..........
Terimbau kembali zaman kanak-kanak. Pengetua tadika tu namanya Cikgu Roslina. Aku tak boleh lupa nama tu. Dia yang mengajar aku membaca dan dia sangat baik dengan aku. Cikgu Roslina akan belikan aku keropok sementara aku tunggu mak aku kalau mak aku lambat. Ok tipu, sebenarnya anaknya yang nak keropok jadi dia belikan aku sekali. ;p
Pernah sekali dalam kelas, Cikgu Roslina ajar baca suku kata.
Cikgu Roslina: BA BE BI BO BU
Murid-murid: B...err..Aa...
Cikgu Roslina: B-A...BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Cikgu Roslina: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BA..
Cikgu Roslina: Eh, bunyinya BE...
Murid-murid: (Angguk)
Cikgu Roslina: Sebutlah..BE..
Murid-murid: Err...zzzzz..blup..blup...*blurr*..*dreaming*..
Cikgu Roslina: Alahai penatlah saya..Nazera, awaklah pulak tolong saya ajar diorang ni..(oh, well memandangkan aku je yang lancar kat situ..;p) Aku pun ambil tempat cikgu lalu pegang pembaris sambil tunjuk kat whiteboard.
Nazera: B-A..BA..
Murid-murid: B-A..BA..
Nazera: B-E..BE..
Murid-murid: B-E..BE..
Nazera: B-I..BI.. Murid-murid: B-I..-BI..
Nazera: Okay ulang balik..(wah kalah Cikgu Roslina..heheh)..BA BE BI
Murid-murid: Err..Kurrrrrr...baa..baa.. baa..(cipta)
Cikgu Roslina: Aduhai..awak ni semua, dah berbuih-buih mulut Nazera tu mengajar. Kenapa tak dapat-dapat lagi ni.
Nazera: (Pandang rakan-rakan lain dengan simpati sambil dalam hati rasa bangga tahap kembang hidung. Pencapaian ok. Pencapaian.)
Cikgu Roslina memang kagum dengan aku sebab aku dah pandai membaca berbanding murid-murid lain. Ini kebanggaan masa tadika je ok, jangan fikir bukan-bukan. (-_-")
Kawan-kawan yang paling aku rapat masa kat tadika, Nadia dan Qistina. Kawan-kawan sepermainan lain minta maaflah, memang aku lupa nama kalian. Aku dan Nadia adalah antara budak-budak yang selalu kena buli dengan Qistina. Pernah sekali main sorok-sorok, Nadia jadi tukang cari.
Qistina: Nadia, bawah tangga tak main tau. Kawan-kawan, tak boleh sorok bawah tangga tau.
Kawan-kawan: OK!
Nadia mula mengira, kami pun menyorok. Qistina terus tarik tangan aku masuk bawah tangga.
Nazera: Eh, kan tak boleh menyorok bawah tangga.
Qistina: Ala, takpe..aku tipu je tadi. Kami pun duduk diam-diam bawah tangga.
Dari bawah tangga aku tengok Nadia kehulu-kehilir cari kami. Rasa kasihan sangat-sangat. Aku rasa nak jerit je nama Nadia. Tapi Qistina mati-mati suruh aku diam. Akhirnya, Nadia tak jumpa pun aku dan Qistina. Kami yang melompat keluar dari bawah tangga. Kalau tak silap aku, lepas tu Nadia dan Qistina tak berkawan.
Suatu hari, Qistina ajak aku jumpa Nadia. Dia nak acah-acah minta maaf sambil hulur tangan kat Nadia, bila Nadia nak salam, cepat-cepat tarik tangan. WTF aku tak tahu mana dia dapat idea ni. Kami pun pergi jumpa Nadia. "Nadia, kitorang nak minta maaf." Kata Qistina sambil hulur tangan. Nadia nak sambut tapi cepat-cepat ditariknya sambil ketawa-ketawa kecil. Giliran aku. Aku hulur tangan, tapi sepantas kilat Nadia capai tangan aku. Pap!
Nazera: Gasp!
Qistina: Ish..kan orang dah kata jangan salam dia.
Nazera: Ala..tak sempat, dia laju sangat.
Qistina: Ish..tak nak la kawan dengan kau. Qistina terus berlalu pergi sambil menarik tangan Nadia. WTF???? Aku sangat terkesima ok. Aku pun duduk di suatu sudut sambil nangis..pura-pura. Serius aku dah cuba untuk mengeluarkan air mata tapi tak berhasil. Dan aku tak mendapat perhatian sesiapa pun. T_T Pengajarannya, jangan jadi Pak Turut. Jangan ikut je apa yang orang cakap tanpa berfikir. Oh ya, lagi satu peristiwa yang sentiasa segar diingatan. Kami duduk beramai-ramai dalam bulatan. Tak la ramai, dalam 7-8 orang. Sedang kami bermain-main..
Qistina: Hmm..ada bau busuk la..eee...siapa kentut..? Kami pun mencari-cari bau tadi sambil tengok antara satu sama lain.
Qistina: Takpe-takpe, biar aku yang cari. Qistina secara volunteer bangun dan menghidu punggung kami seorang demi seorang! Sampai kat aku.."Haa! Nazera kentut!" Sumpah aku tak kentut wey..
Nazera: Mana ada. Aku tak kentut pun..
Qistina: Ye aku dah bau, kau kentut..eee...kawan-kawan jom la, jangan kawan dengan dia. Dia kentut.
Macam biasa aku duduk di sudut sambil nangis pura-pura dan memerhatikan mereka main dari jauh. Haha..biasalah tu..zaman kanak-kanak. Bila dikenang, rasa rindu sangat. Sekarang bila difikirkan balik, kita semua tahu siapa yang kentut sebenarnya kan. ;)
p/s: Kepada Qistina dan Nadia, kalaulah anda terbaca blog ni..minta maaflah bukan niat nak mengaibkan, sekadar menceritakan kecomelan zaman kanak-kanak. Don't hesitate to contact me, lets reunite!